Watak sampingan Senarai_watak_dalam_siri_Detektif_Conan

NamaGambarPelakon Suara Latar, Nama Sebenar dan Penerangan
Profesor AgasaSuara latar: Kenichi Ogata
Hiroshi Agasa (阿笠 博士, Agasa Hiroshi)
Profesor Agasa (阿笠博士, Agasa Hakase) merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaannya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
HaibaraSuara latar: Megumi Hayashibara
Ai Haibara (灰原哀, Haibara Ai)
Nama sebenarnya ialah Shiho Miyano (宫野 志保, Miyano Shiho). Beliau pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.
EriSuara latar: Gara Takashima
Eri Kisaki (妃 英理, Kisaki Eri)
Dia merupakan isteri kepada Kogoro dan ibu kepada Ran. Dia meninggalkan suaminya kerana enggan melihat perangai suaminya yang buruk. Dia adalah seorang peguam bela yang hebat.
SonokoSuara latar: Naoko Matsui
Sonoko Suzuki (鈴木 園子, Suzuki Sonoko)
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Apabila Kogoro tiada bersama Conan, dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.
HeijiSuara latar: Ryo Horikawa
Heiji Hattori (服部 平次, Hattori Heiji)
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih. Dia mewarisi kulitnya daripada datuknya yang berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo.
KazuhaSuara latar: Yuko Miyamura
Kazuha Toyama (遠山 和葉, Tōyama Kazuha)
Dia merupakan kawan karib kepada Heiji. Dia merupakan anak ketua balai polis cawangan Osaka. Dia seorang ahli Aikido.
YusakuSuara latar: Hideyuki Tanaka
Yusaku Kudo (工藤 優作, Kudō Yūsaku)
Dia merupakan suami kepada Yukiko dan bapa kepada Shinichi. Dia bersama isterinya tinggal di Amerika. Dia seorang novelis yang terkenal. Antara karya terhebatnya iaitu Night Baron.
YukikoSuara latar: Sumi Shimamoto
Yukiko Kudo (工藤 有希子, Kudō Yukiko)
Dia merupakan isteri kepada Yusaku dan ibu kepada Shinichi. Dia merupakan bekas pelakon terkenal di Jepun. Dia kerap menyamar di mana-mana sahaja seperti rakannya lamanya Sharon Vineyard (Vermouth).
SubaruSuara latar: Ryotaro Okiayu
Subaru Okiya (沖矢 昴, Okiya Subaru)
Dia merupakan siswa PhD kejuruteraan yang terpaksa tinggal di rumah Shinichi kerana rumah sewanya telah dijilat api. Sebenarnya beliau merupakan Shuichi Akai. Tujuannya ialah mengawasi Ai Haibara daripada Organisasi Hitam.
SeraSuara latar: Noriko Hidaka
Masumi Sera (世良 真純, Sera Masumi)
Seorang Detektif yang telah berpindah ke Sekolah Menengah Tinggi Teitan dan kawan serta rakan sekelas kepada Ran dan Sonoko. Dia mempunyai dua orang abang iaitu Shuichi Akai dan Shukichi Haneda. Dia mahir dalam seni pertahankan diri dalam Jeet Kune Do.
JirokichiSuara latar: Ichiro Nagai
Jirokichi Suzuki (鈴木 次郎吉, Suzuki Jirokichi)
Merupakan pak cik kepada Sonoko. Cita-citanya akan menangkap Kaitou Kid tetapi sering gagal.
Kaitou KidSuara latar: Kappei Yamaguchi
Kaitou Kid (怪盗キッド, Kaitō Kiddo)
Dia merupakan seorang pencuri yang licik dan pandai membuat silap mata.
ShukichiSuara latar: Toshiyuki Morikawa
Shukichi Haneda (羽田 秀𠮷, Haneda Shūkichi)
Dia merupakan seorang pemain shogi profesional yang dikenali sebagai Taiko Meijin dan juga bekas teman lelaki Pegawai Yumi. Dia juga merupakan adik kepada Shuichi Akai dan abang kepada Masumi Sera.